Jom melanggan majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital

Jom melanggan majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital. YA! Ada satu berita baik buat pembaca majalah keluaran syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. ini. Kini anda boleh membaca dan melanggan majalah kegemaran anda sama ada majalah Solusi, majalah Al-Ustaz dan majalah Gen-Q dalam bentuk digital. Versi digital ini yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat Addeen Online Sdn. Bhd. ini pasti akan memudahkan anda terutamanya pembaca tegar majalah ini seperti membeli buku secara online.

Apakah dia majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital?

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya apakah dia majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q, disini ada sedikit info mengenainya iaitu;

  • Majalah Solusi – Sebuah majalah Islamik kontemporari bulanan popular terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Antara faktor penarik majalah ini ialah isu perbincangannya yang merangkumi isu tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, dan pelbagai lagi. Para kolumnis yang prolifik, berwibawa dan tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan turut menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Majalah Solusi diterbitkan khas buat mereka yang tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim. Sesuai untuk dijadikan bahan bacaan harian untuk mendidik diri, menambah ilmu dan sebagai panduan ke arah hidup bersyariat.

Majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital

[+] KLIK DISINI UNTUK MELANGGAN

  • Majalah Al-Ustaz – Sebuah majalah bulanan popular terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. yang membincangkan hukum-hakam dengan barisan kolumnis berwibawa. Majalah ini dilahirkan untuk merungkai segala persoalan feqah, akidah dan lain-lain perihal agama dalam kalangan masyarakat. Isi kandungannya yang padat serta dikukuhkan berdasarkan Al-Quran & Hadis, ianya sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan kepada persoalan-persoalan dan menjawab segala kekeliruan permasalahan di kalangan umat islam.

Majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital

[+] KLIK DISINI UNTUK MELANGGAN

  • Majalah Gen-Q – Sebuah majalah bulanan terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. yang disasarkan khas untuk golongan remaja. Majalah GEN-Q berkonsepkan keagamaan yang menyentuh soal fardhu ain dan motivasi berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Sebagai pelopor kepada majalah remaja Islamik, kehadiran GEN-Q adalah untuk membimbing remaja bersama-sama menjadikan Islam sebagai jalan hidup. Sesuai untuk dijadikan bahan bacaan harian, mendidik diri, menambah ilmu dan sebagai panduan remaja ke arah hidup bersyariat.

Majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital

[+] KLIK DISINI UNTUK MELANGGAN

Kelebihan melanggan majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital

Sebagaimana yang anda tahu terdapat kelebihan jika anda memilih atau melanggan majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital ini. Antaranya adalah;

  • Reka bentuk moden dan menarik
  • Berfungsi di semua peranti atau gajet
  • Akses mudah dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja
  • Kandungan yang sama dengan versi majalah yang dicetak
  • Akses semua isu-isu keluaran yang akan datang

Demikianlah serba sedikit perkongsian info mengenai majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q keluaran syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. yang dikongsi untuk anda terutamanya pembaca tegar majalah ini. Jika anda berminat untuk melanggan majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital ini, silalah klik link-link yang berada dibawah setiap gambar diatas ini. Selamat membaca!