Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam. Bercuti ke tempat-tempat peranginan di dalam negara atau pun di luar negara pastinya menjadi keinginan setiap orang. Namun masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk menghabiskan masa cuti dan berada jauh daripada kesibukan bekerja di tempat masing-masing. Bagi penjawat awam, tahukah anda bahawa terdapat satu kemudahan yang telah disediakan bagi memudahkan anda untuk bercuti dan melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan? Kemudahan ini disediakan oleh pihak Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan perdana Menteri kepada penjawat awam untuk memohon atau menempah penginapan rumah-rumah peranginan bagi tujuan bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan mahupun aktiviti kerja dengan kadar sewa yang berpatutan.

Kategori Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Tempahan rumah-rumah peranginan ini boleh dibuat menerusi online kerana ianya akan memudahkan penjawat awam untuk merancang percutian mereka berdasarkan pilihan rumah-rumah peranginan yang ada. Terdapat tiga kategori pilihan rumah peranginan yang disediakan dan dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) iaitu;

  • Rumah Peranginan Persekutuan Premier
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif
  • Rumah Transit

Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Terdapat 6 pilihan lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Primier) yang disediakan oleh BPH iaitu;

  • RP Bukit Fraser (The Lodge)
  • RP Tanjung Tuan
  • RP Cameron Highland
  • RP Singapura
  • RP Labuan
  • RP London

Kelayakan Memohon

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan (Premier) adalah seperti berikut :-

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kelayakan untuk menginap adalah mengikut kelayakan tertentu bermula daripada Gred 48 dan ke atas.

Kadar Sewa

Kadar sewa yang dikenakan ke atas Rumah Peranginan Persekutuan (Primier) adalah seperti berikut;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Terdapat 7 pilihan lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif) yang disediakan oleh BPH iaitu;

  • RPP Bukit Fraser
  • RPP Morib
  • RPP Cameron Highland
  • RPP Port Dickson
  • RPP Pulau Langkawi
  • RPP Tasik Kenyir
  • RPP Pulau Pinang

Kelayakan Pemohon

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun (7 hari dari tarikh menginap)
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kadar Sewa

Kadar sewa yang dikenakan ke atas Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif) adalah seperti berikut;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Transit

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Transit adalah merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri;

  • Penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan
  • Penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters
  • Penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan
  • Penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan
  • Penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya)
  • Penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki

 

Terdapat 7 pilihan lokasi Rumah Transit yang disediakan oleh BPH iaitu;

  • Putrajaya (Semi-D & Apartmen)
  • KKKA Jalan Duta, Kuala Lumpur
  • KKKA Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
  • KKKA KLIA, Sepang
  • KKKA Tanjung Kupang, Johor
  • Labuan (Banglo)
  • Port Dickson, Negeri Sembilan

Terdapat juga Rumah Transit baru yang akan dibuka di 2 lokasi seperti berikut;

  • KKKA Jalan Ang Seng, Kuala Lumpur
  • Labuan

Kelayakan Pemohon

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di Rumah Transit adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri

Kadar Sewa

Kadar sewa yang dikenakan ke atas Rumah Transit adalah seperti berikut;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Cara membuat permohonan atau tempahan

Untuk membuat permohonan atau tempahan Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam, pemohon perlu mendaftar di laman rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) untuk mendapat ID Pengguna. Laman rasmi adalah seperti berikut;

[+] Klik Disini Untuk Mendaftar ID Pengguna

Selepas selesai mendaftar dan mengisi maklumat yang diperlukan, kata laluan akan dihantar melalui emel dan anda boleh mula membuat tempahan. Seelok-eloknya, anda perlu membuat tempahan tiga bulan sebelum bagi memastikan percutian atau aktiviti anda dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk makluman, permohonan atau tempahan untuk penginapan Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam telah diseragam dan dibuka 3 kali setahun. Berikut adalah tarikh tempahan yang ditetapkan;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Semoga perkongian mengenai Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam ini dapat memberikan anda sedikit info dan mempermudahkan urusan percutian anda. Selamat bercuti!

Semak keputusan peperiksaan sekolah menerusi (SAPS)

Semak keputusan peperiksaan sekolah menerusi (SAPS). Disini ada perkongsian mengenai cara semak keputusan peperiksaan sekolah (SAPS) untuk para ibubapa atau penjaga kepada murid sekolah. Keputusan peperiksaan yang boleh disemak secara online adalah seperti peperiksaan tengah tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian, peperiksaan UPSR, peperiksaan PT3 dan juga peperiksaan SPM adalah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS.

Semak keputusan peperiksaan sekolah menerusi (SAPS)

Cara semak keputusan peperiksaan sekolah menerusi (SAPS)

Berikutan adalah cara semak keputusan peperiksaan (SAPS) untuk ibubapa atau penjaga. Sistem SAPS untuk ibubapa ini akan memaparkan slip keputusan peperiksaan serta markah pelajar. Ini pasti dapat membantu ibubapa atau penjaga memantau prestasi akedemik anak mereka. Untuk makluman SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Bagi semakan sekolah menengah pula hanya untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sahaja.

Untuk memastikan ibubapa atau penjaga dapat membuat semakan dengan betul, sila ikuti langkah-langkah ini;

  • Klik pautan rasmi SAPS iaitu;

[+] Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

  • Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa tanda (-)
  • Pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah
  • Klik butang Semak Laporan, dan Menu Utama akan dipaparkan.
  • Pilih jenis peperiksaan yang ingin dipaparkan.
  • Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan.

Semoga perkongsian cara semak keputusan peperiksaan sekolah menerusi (SAPS) ibubapa ini dapat membantu ibubapa atau penjaga membuat semakan keputusan anak mereka dengan lebih mudah seterusnya memantau prestasi akedemik anak mereka agar lebih berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang di masa hadapan.

Skim pembiayaan rumah mampu milik Johor : Deposit RM 1

Berita baik buat mereka yang ingin memiliki rumah mampu milik Johor. Satu skim pembiayaan rumah mampu milik Johor : Deposit RM 1 telah diwujudkan oleh Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat Malaysia untuk rakyat Johor berpeluang memiliki rumah berharga bawah RM 100,000 seunit. Skim ini bertujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah di negeri Johor untuk memiliki rumah mereka sendiri.

rumah mampu milik johor

Menurut Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd. Razak, skim pembiayaan ini adalah yang pertama dibuat di Malaysia dan mungkin akan dilancarkan di negeri yang lain. Skim ini juga menawarkan pinjaman 100 % kepada mereka yang layak meminjam. “Pembeli hanya perlu mendaftar dengan Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini. Pengumuman ini dibuat pada majlis perlancaran bangunan Menara Bank Rakyat yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor tempoh hari. Maklumat lanjut mengenai projek tersebut akan diumumkan Yayasan Sultan Ibrahim melalui Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Rumah mampu milik Johor ini akan diberi keutamaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan golongan pembeli rumah pertama ataupun pejawat awam mahupun swasta di negeri Johor. Skim pembiayaan ini boleh dipohon di Bank Rakyat selepas mendapat sijil perumahan dan proses kelayakan terakhir skim pembiayaan ini pula akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri Johor. Rumah mampu milik yang dibina ini akan dijual dengan nilai kurang dari RM 100,000. Peruntukan sebanyak RM 500 juta sumbangan DYMM Sultan Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim akan digunakan bagi membina sebanyak 6,000 buah unit rumah mampu milik Johor.

Semoga dengan andanya skim pembiayaan rumah mampu milik Johor : Deposit RM 1 seperti ini dapat merealisasikan lagi impian rakyat Johor yang layak untuk memiliki rumah mampu milik mereka yang pertama. Bagi mereka yang ingin mendaftar untuk memiliki rumah mampu milik Johor atau ingin maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan ini bolehlah berbuat demikian disini.

[+] Klik Disini – Daftar Online Rumah Mampu Milik Johor