Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam. Bercuti ke tempat-tempat peranginan di dalam negara atau pun di luar negara pastinya menjadi keinginan setiap orang. Namun masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk menghabiskan masa cuti dan berada jauh daripada kesibukan bekerja di tempat masing-masing. Bagi penjawat awam, tahukah anda bahawa terdapat satu kemudahan yang telah disediakan bagi memudahkan anda untuk bercuti dan melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan? Kemudahan ini disediakan oleh pihak Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan perdana Menteri kepada penjawat awam untuk memohon atau menempah penginapan rumah-rumah peranginan bagi tujuan bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan mahupun aktiviti kerja dengan kadar sewa yang berpatutan.

Kategori Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Tempahan rumah-rumah peranginan ini boleh dibuat menerusi online kerana ianya akan memudahkan penjawat awam untuk merancang percutian mereka berdasarkan pilihan rumah-rumah peranginan yang ada. Terdapat tiga kategori pilihan rumah peranginan yang disediakan dan dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) iaitu;

  • Rumah Peranginan Persekutuan Premier
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif
  • Rumah Transit

Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Terdapat 6 pilihan lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Primier) yang disediakan oleh BPH iaitu;

  • RP Bukit Fraser (The Lodge)
  • RP Tanjung Tuan
  • RP Cameron Highland
  • RP Singapura
  • RP Labuan
  • RP London

Kelayakan Memohon

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan (Premier) adalah seperti berikut :-

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kelayakan untuk menginap adalah mengikut kelayakan tertentu bermula daripada Gred 48 dan ke atas.

Kadar Sewa

Kadar sewa yang dikenakan ke atas Rumah Peranginan Persekutuan (Primier) adalah seperti berikut;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Terdapat 7 pilihan lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif) yang disediakan oleh BPH iaitu;

  • RPP Bukit Fraser
  • RPP Morib
  • RPP Cameron Highland
  • RPP Port Dickson
  • RPP Pulau Langkawi
  • RPP Tasik Kenyir
  • RPP Pulau Pinang

Kelayakan Pemohon

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun (7 hari dari tarikh menginap)
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kadar Sewa

Kadar sewa yang dikenakan ke atas Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif) adalah seperti berikut;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Transit

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Transit adalah merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri;

  • Penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan
  • Penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters
  • Penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan
  • Penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan
  • Penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya)
  • Penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki

 

Terdapat 7 pilihan lokasi Rumah Transit yang disediakan oleh BPH iaitu;

  • Putrajaya (Semi-D & Apartmen)
  • KKKA Jalan Duta, Kuala Lumpur
  • KKKA Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
  • KKKA KLIA, Sepang
  • KKKA Tanjung Kupang, Johor
  • Labuan (Banglo)
  • Port Dickson, Negeri Sembilan

Terdapat juga Rumah Transit baru yang akan dibuka di 2 lokasi seperti berikut;

  • KKKA Jalan Ang Seng, Kuala Lumpur
  • Labuan

Kelayakan Pemohon

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di Rumah Transit adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri

Kadar Sewa

Kadar sewa yang dikenakan ke atas Rumah Transit adalah seperti berikut;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Cara membuat permohonan atau tempahan

Untuk membuat permohonan atau tempahan Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam, pemohon perlu mendaftar di laman rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) untuk mendapat ID Pengguna. Laman rasmi adalah seperti berikut;

[+] Klik Disini Untuk Mendaftar ID Pengguna

Selepas selesai mendaftar dan mengisi maklumat yang diperlukan, kata laluan akan dihantar melalui emel dan anda boleh mula membuat tempahan. Seelok-eloknya, anda perlu membuat tempahan tiga bulan sebelum bagi memastikan percutian atau aktiviti anda dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk makluman, permohonan atau tempahan untuk penginapan Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam telah diseragam dan dibuka 3 kali setahun. Berikut adalah tarikh tempahan yang ditetapkan;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Semoga perkongian mengenai Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam ini dapat memberikan anda sedikit info dan mempermudahkan urusan percutian anda. Selamat bercuti!

Tips-tips dan cara membeli rumah lelong

Tips-tips dan cara membeli rumah lelong. Adakah anda ingin membeli rumah lelong tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Atau adakah anda ingin tahu tips-tips dalam perlaburan rumah lelong tetapi tidak tahu nak rujuk dimana? Jangan risau lagi, disini ada perkongsian mengenai tips-tips dan cara membeli rumah lelong berbentuk ‘EBOOK’ untuk anda pelajari yang dinamakan RAHSIA RUMAH LELONG yang disediakan dan ditulis oleh En. Ahmad Tarmizi Jusoh, seorang peguam, pelabur dan penulis.

Panduan dan tips membeli rumah lelong

Tips-tips dan cara membeli rumah lelong

Di dalam ebook Rahsia Rumah Lelong ini, ada dikongsikan pengalaman penulis dan juga pengalaman pelanggan-pelanggan penulis di dalam bidang hartanah selama 14 tahun. Isi kandungan ebook ini amat lengkap dengan langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya serta mudah untuk difahami walaupun anda masih baru dalam bidang ini. Antara isi kandungan di dalam ebook ini adalah;

  • BAB 1: Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong
    6 Sebab mengapa melabur di dalam hartanah lelong adalah lebih baik dari pelaburan yang lain.
  • BAB 2: Sebab-sebab Hartanah Dilelong
    5 Sebab mengapa sesuatu hartanah di lelong.
  • BAB 3: Persediaan Awal Sebelum Melabur
    7 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menceburkan diri di dalam dunia pelaburan hartanah lelong, serta ketahui orang-orang yang terlibat yang perlu anda dekati untuk memastikan kejayaan anda di dalam pelaburan hartanah ini.
  • BAB 4: Bajet Memulakan Pelaburan Hartanah
    7 sumber yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan modal permulaan anda di dalam pelaburan hartanah.
  • BAB 5: Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong
    Sangat penting untuk anda mengetahui jenis serta ciri-ciri hartanah lelong yang ingin anda beli, silap beli, anda akan kerugian berpuluh-puluh irbu ringgit.
  • BAB 6: Membeli Hartanah Pra-lelongan
    Ya! Anda sebenarnya boleh mendapatkan sesebuah hartanah lelong itu sebelum ianya di lelong. Ketahui bagaimana cara untuk mendapatkannya di bab ini.
  • BAB 7: Membeli Hartanah Dilelongan Awam
    Apakah perkara yang perlu anda teliti pada sesuatu hartanah lelong sebelum anda mengambil keputusan untuk memasuki bilik lelongan, serta apakah dokumen-dokumen yang diperlukan? Bab ini menerangkannya dengan terperinci.
  • BAB 8: Membeli Hartanah Pasca Lelongan
    Tidak ramai yang mengetahui kaedah ini, anda masih boleh membeli rumah lelong walaupun selepas hari lelongan diadakan. Tekniknya ada diterangkan disini.
  • BAB 9: Mendapatkan Pembiayaan Bank
    Apakah dokumen yang diperlukan? dan.. Bank apakah yang memberikan kelulusan yang segera? Jawapannya di dalam bab ini.
  • BAB 10: Memohon Surat Kebenaran
    Sesetengah rumah lelong memerlukan anda mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa. Jangan melakukan kesilapan ini dan ketahui rumah jenis apakah yang memerlukan surat kebenaran.
  • BAB 11: Tindakan Selepas Lelongan
    Apa yang perlu dilakukan setelah anda berjaya memperolehi rumah lelong? Panduan berserta kos yang terlibat ditunjukkan di dalam bab ini.
  • BAB 12: 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong
    Bukan hanya setakat jual atau sewakan, tetapi, ada banyak lagi cara anda boleh menjana keuntungan dari rumah anda.

Demikianlah serba sedikit perkongsian info mengenai tips-tips dan cara membeli rumah lelong. Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook Rahsia Rumah Lelong ini, boleh dapatkan menerusi link dan banner dibawah ini;

[+] KLIK DISINI – RAHSIA RUMAH LELONG

Jom melanggan majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital

Jom melanggan majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital. YA! Ada satu berita baik buat pembaca majalah keluaran syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. ini. Kini anda boleh membaca dan melanggan majalah kegemaran anda sama ada majalah Solusi, majalah Al-Ustaz dan majalah Gen-Q dalam bentuk digital. Versi digital ini yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat Addeen Online Sdn. Bhd. ini pasti akan memudahkan anda terutamanya pembaca tegar majalah ini seperti membeli buku secara online.

Apakah dia majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital?

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya apakah dia majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q, disini ada sedikit info mengenainya iaitu;

  • Majalah Solusi – Sebuah majalah Islamik kontemporari bulanan popular terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Antara faktor penarik majalah ini ialah isu perbincangannya yang merangkumi isu tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, dan pelbagai lagi. Para kolumnis yang prolifik, berwibawa dan tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan turut menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Majalah Solusi diterbitkan khas buat mereka yang tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim. Sesuai untuk dijadikan bahan bacaan harian untuk mendidik diri, menambah ilmu dan sebagai panduan ke arah hidup bersyariat.

Majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital

[+] KLIK DISINI UNTUK MELANGGAN

  • Majalah Al-Ustaz – Sebuah majalah bulanan popular terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. yang membincangkan hukum-hakam dengan barisan kolumnis berwibawa. Majalah ini dilahirkan untuk merungkai segala persoalan feqah, akidah dan lain-lain perihal agama dalam kalangan masyarakat. Isi kandungannya yang padat serta dikukuhkan berdasarkan Al-Quran & Hadis, ianya sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan kepada persoalan-persoalan dan menjawab segala kekeliruan permasalahan di kalangan umat islam.

Majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital

[+] KLIK DISINI UNTUK MELANGGAN

  • Majalah Gen-Q – Sebuah majalah bulanan terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. yang disasarkan khas untuk golongan remaja. Majalah GEN-Q berkonsepkan keagamaan yang menyentuh soal fardhu ain dan motivasi berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Sebagai pelopor kepada majalah remaja Islamik, kehadiran GEN-Q adalah untuk membimbing remaja bersama-sama menjadikan Islam sebagai jalan hidup. Sesuai untuk dijadikan bahan bacaan harian, mendidik diri, menambah ilmu dan sebagai panduan remaja ke arah hidup bersyariat.

Majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital

[+] KLIK DISINI UNTUK MELANGGAN

Kelebihan melanggan majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital

Sebagaimana yang anda tahu terdapat kelebihan jika anda memilih atau melanggan majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital ini. Antaranya adalah;

  • Reka bentuk moden dan menarik
  • Berfungsi di semua peranti atau gajet
  • Akses mudah dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja
  • Kandungan yang sama dengan versi majalah yang dicetak
  • Akses semua isu-isu keluaran yang akan datang

Demikianlah serba sedikit perkongsian info mengenai majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q keluaran syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. yang dikongsi untuk anda terutamanya pembaca tegar majalah ini. Jika anda berminat untuk melanggan majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q versi digital ini, silalah klik link-link yang berada dibawah setiap gambar diatas ini. Selamat membaca!